WelCoMe to My PaGe

Bercinta selepas berkahwin itu lebih manis & indah....

Tuesday, December 6, 2011

Tandas awam??
BERSIH - KOTOR? LAKI - PEREMPUAN?
aku selalu dgr org cakap org laki kebanyakkannya x jaga kebersihan tandas.. tp x dinafikan juga pompuan pon x kurang 'pembersihnya'... aku sebagai org yg suka melancong dan sentiasa keluar masuk highway yg da mcm rumah ke-2 aku, mmg respek la cleaner2 kat R&R tuh sbb depa mmg cuci toilet gila2 n x makan gaji buta... clean n clear toilet2 kat highway...
  Tetapi amat mengecewakan apabila aku masuk tandas awam di taman2 permainan, stesen bas dan lain2 tandas awam sbb sgt2 kotor.... aku pon x paham apa la yg depa sibuk jaga tandas dan kutip duit kat kita 30sen ( kadang2 ada sampai 50sen ) tp x pon nak bersih2 tandas tuh.. At least tandas yg tersumbat tuh selesaikan la bg x tersumbat...BUSUK!!! Duit nak tp reja mls.. yg pengguna toilet pon satu lpas gna x reti2 nak flash jamban tuh?? duk biaq org tgok najis depa, maki sumpah depa..haisyy pengotor2.... Stress!!!!!

ni aku nak bg TIPS masuk toilet n Jadi Pengguna Toilet yg berhemah.. Kan KEBERSIHAN itu separuh daripada IMAN....

STEP 1 - Pastikan anda mengenal jantina anda dan pilih simbol yg betul di pintu toilet supaya ada tidak tersalah memilih

 Kalau aku, aku akan pilih simbol:

STEP 2- Masuk dgn kaki kiri dan baca doa masuk tandas
STEP 3- Pastikan tandas yg kita nk melepaskan hajat tuh betul2 xdak org... Jgn main serbu ja..mana la taw kan kut2 kunci tandas tuh rosak!!
STEP 4 - Lepaskan HAJAT anda. Pastikan anda menggunakan tandas duduk dgn cara yg btul supaya x memudaratkan:
STEP 5 - Basuh apa yg patut dan FLASH tandas selepas da gna...Kalau kat rumah tuh cuci la mangkut tandas tuhh:
 STEP 6: Keluar tandas dan Baca doa keluar Tandas...

HASILNYA:



Selamat BERAMAL..... ISLAM cara HIDUP yg sempurna...... Jd praktikkanlah amalan2 mulia dan jauhi amalan2 terkutuk... Wassalam..... =D

Sunday, December 4, 2011

Running Man!!

Mula2 aku layan RM ni masa cti sem lpas... boleh la..awesome!! tp aku rasa pada peminat2 RM ni x perlu kut 24jam nak cita pasal bnda ni... Org yg xlayan RM bole naik menyampah bila dgr 24jam org bercerita pasal ni.. Walaupun aku layan RM ni aku pon naik menyampah kalau dgr org asyik bercakap pasal bnda ni ja.. Mcm xdak topik lain yg lebih berfaedah ja nak dibincangkan.... Haisyyy bosan...bosan..... Tp sesuai la nk tgok msa kita tension... Sbb bole release stress....  Setakat ni da ada 69 episod... Aku suka kumpul banyak2 dlu baru tgok.. x best la bila tgok tiba2 x habis ada sambungan... Laalalaa.... Aku saja ja megarut ni sbb da lama aku x update blog aku ni...aahhahaa....k take care...bye

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa kita mudah LUPA??

Tahap pelupa antara individu dengan
individu yang lain adalah berbeza. Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa
Dosa bg kesan yang buruk kepada ingatan/memori kita. Kemampuan nk
mengingati ilmu juga turut terjejas. Kehitaman dosa tak mau bergandingan dengan
kecerahan ilmu. Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:"Saya
mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia
memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu
Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."

Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam
perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk
memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak
perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.

2.Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran.
Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa"
(Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak.
Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain
menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada
makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu
Sesetengah
ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan
seperti madu lebah dan kismis.Imama Az-Zuhri menyebut "Kamu patut
mengambil madu sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin
menghafal hadith, ia patut memakan kismis"Ada juga yang menyebut,
mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan
dan lemah ingatan.

5.Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. Tidur yg x cukup bole mengundang kepada stress dan membawa kpd msalah kegemukkan.

6.Mengawal Stress

Stress hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

7.Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Supplement

Sesetengah produk yg dijual tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

8. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

9. Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

10. Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

11.Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

12.Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

13. Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

14. Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

15. Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

16. Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

17. Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Dipetik dari:
http://nurfantz.forum-2007.com/t64-tips-menguatkan-ingatan

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan.bukan bertujuan untuk mencuri idea org lain...Selamat beramal..

Berehat seketika bersama FBI

Once upon a time, ada sebuah keluarga bahagia........


Buat baik di balas baik tp berpada-pada..

Manusia.....macam2 ragamnya..ada yg baik, jahat, xberapa nak baik, tak berapa nak jahat, perasaan hasad dengki (PHD) dan mcm2 lg la...tp sebenarnya dalam persahabatan dan kehidupan seharian kita sebagai manusia kena sentiasa bersikap toleransi dan tolak ansur.bila kita buat baik dengan org nanti org akan balas juga kebaikan kita tuh. tp x kurang jugak yg akan ambil kesempatan atas kebaikkan yg kita buat. jadi kita kena banyak bersabar dan yang penting kita jd diri kita sendiri.cuba jadi yg terbaik untuk diri sendiri dan keluarga dulu.baru secara semulajadi kita akan sentiasa bersikap baik dengan org lain.hidup kita ni xlama. rugi ja kalau kita bergaduh dgn org.bukan boleh bawa ke mana pon.nanti bila da sampai ajal kita, semua tuh akan disoal..kita kena belajar menghormati pendapat org lain.kalau kita x dapat terima pendapat org lain kita kena cuba menegur kesilapan org tuh dgn cara yg baik.kesabaran tu merupakan elemen paling penting untuk mencari sakinah... sekadar berkongsi pendapat sbb aku xtaw nak tulis apa..malam ni aku rasa stress dan aku ingin mencari kekuatan untuk diri sendiri supaya aku x lupa yg aku ni cuma hamba Allah yg diberi peluang untuk menikmati kehidupan di dunia yg fana ini..moga2 aku dapat menjalani hidup ini dgn mengikuti jalan yg diredhaiNya..Amin....maaf jika ayat aku tunggang langgang...segala kebaikan itu datangnya dr Allah dan yg lemah itu dr diri aku sendiri...Wallahhualam...
Sekian

Tuesday, May 31, 2011

Edit2......

Bosan benar mlm ni......Aku xtaw nk buat apa...jd aku pon menlakukan kerja mengedit........heheheheee.....


heheeee...amacam...ok x....aku edit gna photoscape ja ni........kreatif x aku???hahahhaaaa....perasan btul aku ni kan....hahahaha

Sunday, May 29, 2011

Anime

Lama da sebenarnya aku xlayan anime or manga....sebabnya mlas+sibuk+bnyak movie best=Xdak masa...
Baru2 ni aku layan Bakuman...Best..dapat la jugak aku taw mcm mn manga ni dihasilkan n bertapa susahnya nak menghasilkan satu manga yang baik...fuhhh.....xmampu aku nak buat suma tuh.. Tp sayangnya cerita tuh xhabis..ada season 2..xsabar aku nk tggu bakuman season 2...hehehee..ada lagi la anime lain mcm thriller restaurant...tp biasa ja cita tuh..
yang paling aku hepi aku berjaya gak jumpa anime cardcaptor sakura n berjaya mendownload dr season 1 smpai la season 3..berbunga2 hati aku dapat layan cita ni balik..teringat memori zaman kanak2..nasib dragon ball bnyk sgt ja sbb tuh aku xmampu nk download...hehee...k la aku penat la malam ni..nak tdur dlu..Nite...
sekian , wassalam...






Aksi si Cilik

Adikku yg comel

Hai..haiii...haiiiii

Maisarah di alam fantasi
Sepetang Bersama Nuraini

Sopan santun dan keayuan itu penting...hehe  
Ntah apa la yg aku merepek makan kerepek ni...aku bosan sgt sebenarnya...Malas+Bosan+Kesepian=Merapu..tuh la keja aku hari2.....

Monday, May 23, 2011

Cuti oHH cuTi...

PCB dan Muzium Perang..hehe

Ni gambar kenangan Cuti yg lpas....Cuti kali ni aku nak pi mana la pulak..Duit da xdak da...mak tolong cik..huk3

ALONG aku...hhaahaa..cun dak

Aku..Cute x??hehe

My Family

AKU..Ayunya..Perasan...haha  
Cuti datang Lagi.....Apa nak buat masa cuti ni?? Nak reja cari pengalaman ka or nak membuang masa membuta kat rumah ja???haisyyy.... konpius + dilema wanita + malas = AKU... da la aku teringin nak jual shawl n baju yg cun2 tapi xreti n pasti ada risikonya..laku ka kalau jual on9..sbb aku sendiri xpernah beli on9 sbb aku rasa beli dkt kedai lg murah.. so berniaga cara ni msti xdak dlm agenda..aduhh apa aku nak buat ni????? idea...iDea...IdEa...mai la kat aku.....

Sunday, May 22, 2011

Nikah Gantung?

Haisyy..apalah org melayu kita ni. mcm2 perkataan depa boh....sedangkan kalau da akad nikah tuh kira sah la jadi suami isteri..apa nak gelar2 nikah gantung la apa la...yg penting lpas akad nikah da sah da jadi suami isteri. Nikah gantung ni sebenaqnya menjurus kepada adat ja pon... Bila laki bini tu dah nikah, depa still tak bleh duk bersama lagi sebab majlis perkahwinan yang formal blum berlangsung lagi. Depa akan duk asing2 seolah-olah tak kawen lagi. Biasanya nikah macam ni dibuat sebab masalah kewangan untuk mengadakan kenduri kahwin dalam masa terdekat. Dalam Islam, kalo dah nikah, setel la. dah bleh idup macam laki bini. Tapi tu lah, dah name pun adat kan.. haisyy..mcm2...




Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

>>Suami

>>Isteri

>>Wali

>>Saksi

>>Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

*Masih menuntut di kolej atau universiti

*Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah

*Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.



Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.Betul tak..jadi tuggu apa lg..kalau da rasa ckup syarat semua nikah ja..kenduri kemudian..buat apa nak pikir apa org kata..yang penting kita buat benda yang baik dan mulia di sisi Allah..Mendapat keredhaan Allah tuh lebih penting....Wallahualam..

Monday, April 4, 2011

Menangislah wahai sahabat

tahukah kawan2 bahawa air mata ni sebenarnya dapat membebaskan kita dari pelbagai penyakit...Jd jgn la duk tahan air mata tuh bila nk menangis tambah2 lg laki..kononnya kalau menangis karang x macho la...lemah la...mcm pompuan la..sebab tuh la kaum hawa lebih pnjang usia dr kaum adam sebab kaum hawa bebas dr stress lepas menangis...menangis ni bkn tnda lemah n x dewasanya seseorg tp sebenarnya merupakn cara smulajadi mghilangkn bahan2 yg membahayakn dr dlm tubuh yg keluar msa kita dilanda rasa putus asa dan ketakutan.
otak ni sebenarnya bekerja mengeluarkn unsur2 kimia pd air mata..menangis gak dpt menambah degupan jantung..jd wajarlah bila kita menangis kecepatan degup jantung kembali ke asalnya semula sampai lahir perasaan tenang dlm dri kita...btui dak???hehehee

Thursday, March 31, 2011

Tanda Wajib Kahwin bg Perempuan....

Ni juz sekadar suka2 ja & aku petik dr blog Abg Nara...Jgn marah ya abg Nara aku Ciplak sket2...hehhee
tp aku edit la sikit2..mana yg kna tapis tuh aku da tapis dgn gaya aku tersendiri..wakakaa

1. Semua member-member sekolah, universiti, tmpat reja dan jiran-jiran rumah anda dah pun berkahwin. Kadang-kadang bila hampa keluar “girls day out” hampa akan rasa tersisih sebab member-member lain sibuk cerita pasal anak-anak depa.. . Maka hampa sedarlah yang bahawa diri hampa itu sudah tua dan sudah kena kawin.

2. Mimpi-mimpi hampa setiap malam dipenuhi dengan mimpi hampa bersanding di atas pelamin. Siap ada bunyi kompang lagi tue. Kalau dah tahap kronik, kemungkinan besar hampa siap bermimpi pengalaman di malam pertama. Nampak sangat dah tak sabar dah tue.

3. hampa akan singgah di kedai jual cincin ataupun kedai wedding dress setiap kali hampa keluar shopping. Tak tahan siap berangan depan wedding dress sambil membayangkan betapa cunnya hampa di dalam baju tue. Sampai tak sedar air liur dah keluar meleleh. Tunggu apa lagi silalah suruh pakwe hampa masuk meminang hari ini jugak.

4. Hampa dah start fikir nama yang bakal diberi kepada anak-anak hampa nanti. Kalau tahap kronik, siap ada list lagi senarai-senarai nama anak lelaki dan anak perempuan kat buku conteng hampa. Paling teruk kalau time-time bosan anda akan surf internet carik nama anak-anak yang best dan meletop.

5. Pastikan hampa perhati betul-betul renungan mata pakwe hampa setiap kali hampa keluar dating.(tp dalam Islam sepatutnya x boleh la kan..).. Kalau renungan mata dia seolah-olah ingin membaham hampa, faham-fahamlah maksudnya. Dia sudah tak sabar untuk bergelar suami hampa. Cuma mungkin dia agak malu untuk meluahkan isi hati. Bagi sikit hint-hint yang hampa sudah bersedia untuk bergelar isteri. Kami berani jamin minggu depan mak dia datang merisik hampa. Kompem punya.............

Sunday, March 20, 2011

Adikku sayang

Ni adik aku ok...bukan anak ya..so harap maklum....hehehee
tiba2 aku rasa rindu kat adik baby aku ni ha..da hmpir sebulan x ketemu...hahahaa





Sekian, tamat lah sudah...eii rindu sgt dgn budak comel ni..geram rasa...nak cubit2 pipi yg montel tuh...hehehehe...........

Saturday, March 19, 2011

Weekend yang xmenentu

miggu ni aku rsa mgu yg agak truk..kawan2 ramai blik kg..yg xblik pkat p berjalan...umah sewa aku pon mlm ni tgl aku sorang ja..sedih2...so terpaksa la aku merempat kat umah kawan sbb takut duk sorg2...hehehe
ptg td pon p pasar mlm sorg2..alang2 da p sempat gak aku bli selendang, ank tdung ngan seluar sehelai..berbaloi la jugak...da la hari ni aku pecah rekod xmakan nasi shari..dasat2....pagi n tgahari aku mkn bihun goreng..tgh hari pon aku mkn pkul 5..hehee..mlm pulak aku makan laksa beli kat pasar mlm..laksa penang..hilang gak rindu kat utara...minggu depan nk pulun balik kampung jgak..rindu kat kg halaman...duk sini pon xdak apa..bosan ja...hmm..nk kuar jalan2 aku mls sbb buang msa n duit ja..baik rehat weekend tp keseorangan reja tdoq ja la aku ni...apa la nk jadi aku ni.....
pas tuh pagi tadi aku memaku la dinding nak gantung white board..sekali terkena serpihan dinding tuh pulak..sakit mata aku...da bsuh tp xhilang gak sakit...ltak eye mo lg tmbh sakit...nak riau tp ayaq mata xmau kuaq pulak...huhuuu...mggu ni bnyak mnguji kesabaran aku...tp sabar ja la labu................

Wednesday, March 16, 2011

NoW......aT UiTM Puncak Alam

Sekarang aku belajar kat Uitm Puncak Alam..Ambil degree Farmasi selama 4tahun..Aku masuk sini tahun 2009 & Dijangka tamat pengajian pada tahun 2013, InsyaAllah.....Mai aku nak cerita kehidupan aku kat sini pulak..

1- UiTM Puncak Alam- Tempat aku mencari ilmu
UiTM PA ni sebenarnya baru lagi dibina...Aku merupakan salah seorang dr first batch yg fresh lg segar yg start bljaq kat sini. Bangunan kat sini tak banyak lagi...Tp InsyaAllah pada masa akan datang mcm ni la rupanya:


Future Masjid at UiTM PA

UiTM PA masa akan datang..Bila da siap semuanya la senang cakap



Tempat Helikopter landing..Buat masaPM nak mai melawat hari tuh..tp sekali PM mai naik reta pulak
Kolej Kediaman Raflesia

Kolej Kediaman..Skg da diduduki bdk Asasi..Pljar Degree terpaksa la jd NR sbb tak cukup tempat nak menginap dlm ni


Sekarang aku nak cerita pasal aku pulak..Mula2 aku masuk sini bukan atas kehendak sendiri.tp da rezeki aku dalam bidang nih aku teruskan jugak demi Agama, Bangsa dan Negara.Nak belajar NIAT kena betul.Baru berkat dan senang belajar.InsyaAllah..

Sem 1:
PERKAD=Pertandingan Kawad Kaki
Tempat: UiTM Shah Alam

B4 bertempur kena la mengemaskan diri dulu

skuad masuk barisan

Lepas semua da setel...

kena la berposing jugak

Sem 2:
FESMAP:
Tempat: Padang Kawad UiTM PA
Meriah la jugak ada jualan setiap malam mcm pasar mlm

Barisan yg menjayakan majlis..hehehe



Berposing Bersama artis jemputan

Makan2 pulak lepas majlis


MPP Iqmal dengan Artis Jemputan (nama x egt .. abg Muaz kut kalau xsilap..heheh)

Sem 2:
MPG
Full table & stomach..heheh

Burung hantu yg siang mengantuk mlm berjaga

With My friends

Dalam bas..

4 Dara Pingitan

Focus dekat bunga sebenarnya..hik3

Sem 2:
KEBINA II
Kanak2 riang

Hati2...mesti berani
Camping

Sem 3:
Koir
DK500 UiTM PA
Juara
Duhai ibu pertiwi.......

Da tamat

heheh..Sempat lg posing lpas tuh
Lab...Lab...Tikus..Tikus..
Kasihan..Dua2 cedera parah..Antara hidup & mati

Demo nak buat i.v

Buat kerja

Senyum...........

Hepi ja...


Sem 3:
OPKIM II


Lepas semua aktiviti ptg da selesai..mlepaskan penat

hardworking...hahaha

Seronok
hehehe...amacam??Best tak hidup dekat universiti ni??Hmmm...sebenarnya itu semua bergantung pada diri sendri..so pesanan pada diri sendiri & semua rakan2 kejarlah cita2 sebelum ia lari menjauhi kita...Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..Ayuh!!! Bangunlah....

                -Sekian, Tq-