WelCoMe to My PaGe

Bercinta selepas berkahwin itu lebih manis & indah....

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa kita mudah LUPA??

Tahap pelupa antara individu dengan
individu yang lain adalah berbeza. Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa
Dosa bg kesan yang buruk kepada ingatan/memori kita. Kemampuan nk
mengingati ilmu juga turut terjejas. Kehitaman dosa tak mau bergandingan dengan
kecerahan ilmu. Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:"Saya
mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia
memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu
Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."

Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam
perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk
memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak
perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.

2.Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran.
Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa"
(Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak.
Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain
menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada
makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu
Sesetengah
ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan
seperti madu lebah dan kismis.Imama Az-Zuhri menyebut "Kamu patut
mengambil madu sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin
menghafal hadith, ia patut memakan kismis"Ada juga yang menyebut,
mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan
dan lemah ingatan.

5.Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. Tidur yg x cukup bole mengundang kepada stress dan membawa kpd msalah kegemukkan.

6.Mengawal Stress

Stress hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

7.Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Supplement

Sesetengah produk yg dijual tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

8. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

9. Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

10. Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

11.Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

12.Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

13. Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

14. Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

15. Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

16. Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

17. Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Dipetik dari:
http://nurfantz.forum-2007.com/t64-tips-menguatkan-ingatan

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan.bukan bertujuan untuk mencuri idea org lain...Selamat beramal..

Berehat seketika bersama FBI

Once upon a time, ada sebuah keluarga bahagia........


Buat baik di balas baik tp berpada-pada..

Manusia.....macam2 ragamnya..ada yg baik, jahat, xberapa nak baik, tak berapa nak jahat, perasaan hasad dengki (PHD) dan mcm2 lg la...tp sebenarnya dalam persahabatan dan kehidupan seharian kita sebagai manusia kena sentiasa bersikap toleransi dan tolak ansur.bila kita buat baik dengan org nanti org akan balas juga kebaikan kita tuh. tp x kurang jugak yg akan ambil kesempatan atas kebaikkan yg kita buat. jadi kita kena banyak bersabar dan yang penting kita jd diri kita sendiri.cuba jadi yg terbaik untuk diri sendiri dan keluarga dulu.baru secara semulajadi kita akan sentiasa bersikap baik dengan org lain.hidup kita ni xlama. rugi ja kalau kita bergaduh dgn org.bukan boleh bawa ke mana pon.nanti bila da sampai ajal kita, semua tuh akan disoal..kita kena belajar menghormati pendapat org lain.kalau kita x dapat terima pendapat org lain kita kena cuba menegur kesilapan org tuh dgn cara yg baik.kesabaran tu merupakan elemen paling penting untuk mencari sakinah... sekadar berkongsi pendapat sbb aku xtaw nak tulis apa..malam ni aku rasa stress dan aku ingin mencari kekuatan untuk diri sendiri supaya aku x lupa yg aku ni cuma hamba Allah yg diberi peluang untuk menikmati kehidupan di dunia yg fana ini..moga2 aku dapat menjalani hidup ini dgn mengikuti jalan yg diredhaiNya..Amin....maaf jika ayat aku tunggang langgang...segala kebaikan itu datangnya dr Allah dan yg lemah itu dr diri aku sendiri...Wallahhualam...
Sekian