WelCoMe to My PaGe

Bercinta selepas berkahwin itu lebih manis & indah....

Sunday, May 22, 2011

Nikah Gantung?

Haisyy..apalah org melayu kita ni. mcm2 perkataan depa boh....sedangkan kalau da akad nikah tuh kira sah la jadi suami isteri..apa nak gelar2 nikah gantung la apa la...yg penting lpas akad nikah da sah da jadi suami isteri. Nikah gantung ni sebenaqnya menjurus kepada adat ja pon... Bila laki bini tu dah nikah, depa still tak bleh duk bersama lagi sebab majlis perkahwinan yang formal blum berlangsung lagi. Depa akan duk asing2 seolah-olah tak kawen lagi. Biasanya nikah macam ni dibuat sebab masalah kewangan untuk mengadakan kenduri kahwin dalam masa terdekat. Dalam Islam, kalo dah nikah, setel la. dah bleh idup macam laki bini. Tapi tu lah, dah name pun adat kan.. haisyy..mcm2...




Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

>>Suami

>>Isteri

>>Wali

>>Saksi

>>Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

*Masih menuntut di kolej atau universiti

*Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah

*Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.



Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.Betul tak..jadi tuggu apa lg..kalau da rasa ckup syarat semua nikah ja..kenduri kemudian..buat apa nak pikir apa org kata..yang penting kita buat benda yang baik dan mulia di sisi Allah..Mendapat keredhaan Allah tuh lebih penting....Wallahualam..

No comments:

Post a Comment